Kaedah menulis Bahasa_Malaysia

Penulisan bahasa Melayu telah mengalami beberapa perubahan dan menggunakan beberapa jenis huruf yang saling berganti. Tulisan yang pertama dipakai ialah tulisan Pallava yang berasal dari India. Tulisan Pallava ini kemudian mengalami perubahan. Oleh itu, timbul jenis-jenis tulisan seperti berikut:

Dalam zaman pascamoden, Bahasa Malaysia biasanya ditulis dalam tulisan Rumi dan kadangkalanya dalam tulisan Jawi untuk pengupacaraan agama. Tulisan Rumi merupakan sistem penulisan rasmi Bahasa Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Tulisan tersebut paling kerap digunakan dalam kehidupan seharian. Walau bagaimanapun, tetap ada pelbagai usaha yang dilancarkan untuk menghidupkan semula kaedah penulisan Jawi.

Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia pula merujuk kepada sistem ejaan yang telah diisytiharkan penggunaannya serentak di Kuala Lumpur dan di Jakarta pada tanggal 16 Ogos 1972. Di Kuala Lumpur, pengisytiharan tersebut dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak bin Hussain manakala di Jakarta, pengisytiharan tersebut dilakukan oleh Presiden Suharto. Mulai saat itu, bahasa Melayu di Malaysia dan bahasa Indonesia menggunakan sistem ejaan yang sama.

Rujukan

WikiPedia: Bahasa_Malaysia http://web6.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=... http://web6.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=2... http://www.channelnewsasia.com/stories/afp_asiapac... http://www.l-lingo.com/en/learn-malay/index.html http://www.malaytranslate.com http://www.nusuara.com/products/tts.php http://www.websters-online-dictionary.com http://www.websters-online-dictionary.com/definiti... http://www.youtube.com/watch?v=pycewToY3_A